fb fb fb fb fb

Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas, tiga maut

Pasukan mencari dan menyelamat giat menjalankan operasi dalam keadaan kabus tebal / Foto REUTERS

TEXAS, 23 Disember - Sekurang-kurangnya tiga terkorban selepas sebuah pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran negeri Texas, Amerika Syarikat.

Pesawat berkenaan dilapor menjalankan misi perubatan terhempas ketika menghampiri Galveston, pada petang Isnin.

Laporan mengenai nahas berkenaan dilaporkan orang awam kira-kira pukul 3.20 petang waktu tempatan.

Rakaman video di lokasi menunjukkan pasukan mencari dan menyelamat serta pasukan penyelmat giat menjalankan operasi dalam keadaan kabus tebal.

Pesawat berkenaan dilapor membawa lapan individu dengan tiga mangsa ditemukakan meninggal dunia.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN