fb fb fb fb fb

Konflik Kemboja-Thailand, China hantar utusan khas dukung usaha damai

Foto REUTERS

BEIJING, 22 Disember- China menegaskan bahawa negaranya kini memainkan peranan sebagai perantara dalam menggesa keamanan antara Thailand dan Kemboja.

Komitmen itu terus mendukung usaha perdamaian serta dialog bagi meredakan ketegangan semasa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata Beijing telah menghantar seorang utusan khas ke rantau berkenaan dan akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai usaha diplomatik itu pada masa yang sesuai.

Utusan khas China, Deng Xijun dilaporkan berada di Phnom Penh minggu lalu bagi mengawal ketegangan susulan pertempuran di kawasan sempadan antara dua negara Asia Tenggara berkenaan.

Konflik di sempadan Thailand-Kemboja kini memasuki minggu ketiga, dengan insiden pertempuran dilaporkan berterusan di beberapa kawasan pertikaian.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai pertahanan Thailand dan Kemboja dijadual mengadakan pertemuan pada Rabu bagi membincangkan kemungkinan menyambung semula gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata rundingan itu diharap dapat membuka laluan kepada penyelesaian secara aman dan menghentikan pertempuran di kawasan sempadan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM