fb fb fb fb fb

Kim terima 'buah tangan' lima dron, jaket kalis peluru dari Rusia

(Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) bersalaman dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (Kiri) di Kosmodrom Vostochny di Rusia/FOTO KCNA AFP)

MOSCOW, 18 September - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un meninggalkan Rusia pada Ahad, sekali gus menamatkan lawatannya selama 6 hari yang banyak menumpukan hal ketenteraan.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Kim ke luar negara sejak wabak COVID-19 telah mencetuskan kebimbangan Barat bahawa Moscow dan Pyongyang akan menentang sekatan serta mencapai perjanjian senjata.

Ini sekali gus mengesahkan hubungan rapatnya dengan Vladimir Putin.

Lawatan susulan Kim yang bermula Selasa, memberi tumpuan secara meluas kepada hal ketenteraan pertukaran simbolik raifal dengan Putin dan kunjungan ke kilang jet pejuang di Komsomolsk-on-Amur.

Pada Ahad, TASS berkata Kim menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada gabenor wilayah.

(Kim pada majlis perpisahan di stesen keretapi Artyom semalam pada akhir lawatannya ke Rusia/FOTO AFP)

Agensi Rusia berkata, pemimpin Korea Utara menerima "lima dron kamikaze dan dron peninjau 'Geran-25' yang boleh dilancarkan secara menegak".

TASS berkata, gabenor wilayah Primorye, yang bersempadan dengan China dan Korea Utara, juga "menawarkan Kim Jong Un satu set perlindungan kalis peluru" dan "pakaian khas yang tidak dapat dikesan oleh kamera termal".

Pada Ahad, agensi Ria Novosti menerbitkan video pelepasan Kim, dan berkata 'upacara berlepas' diadakan di stesen Artyom-Primorsky-1.

Rakaman itu menunjukkan Kim melambai sebagai tanda selamat tinggal, dari kereta apinya, kepada delegasi Rusia yang diketuai oleh Menteri Sumber Asli Alexander Kozlov.

Tass memaklumkan, kereta api Kim menuju kira-kira 250 kilometer ke arah sempadan.

Bagaimanapun Kremlin berkata tiada sebarang perjanjian telah ditandatangani kedua-dua pemimpin itu.

Rusia dan Korea Utara adalah sekutu lama dan kedua-duanya dikenakan sekatan global - Moscow untuk serangan Ukraine, Pyongyang untuk ujian nuklearnya.

Media Baharu