fb fb fb fb fb

Lebih 200 maut di Arizona akibat gelombang cuaca panas

ARIZONA, AMERIKA SYARIKAT, 18 SEPTEMBER - Suhu global mencatat rekod paling panas, Julai lalu.

Ini sekali gus mencetus fenomena cuaca melampau di beberapa wilayah di dunia.

Pakar kaji cuaca memberi amaran, semua negara harus meningkatkan kewaspadaan dengan situasi ekstrem tersebut berpotensi menular ke seluruh dunia.

Akhir Julai lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengumumkan, era pemanasan global telah berakhir.

Namun disusuli ketibaan era pendidihan global.

Cuaca di sebahagian besar wilayah utara Amerika, Eropah selatan dan Asia semakin membahang.

Di daerah Figueres, Sepanyol suhu mencapai 45.4 darjah Celsius. 

Negara-negara di Afrika seperti Algeria dan Tunisia melaporkan suhu setinggi 48.7 darjah Celsius dan 49 darjah Celsius.

Di Asia, Lembaga Meteorologi China melaporkan lonjakan suhu hingga mencapai 52.2 darjah Celsius, pada 16 Julai lalu.

Sejak Julai sehingga 9 September lalu, lebih 200 orang dilapor terbunuh di Arizona, Amerika Syarikat angkara cuaca panas.

Manakala 356 kematian di negeri itu tahun ini, masih disiasat sama ada berkaitan fenomena tersebut atau tidak.

Tahun lalu, 425 kematian akibat cuaca panas direkodkan.

Oleh itu, melihat trend peningkatan jumlah kematian dan peningkatan suhu terutamanya pada musim panas antara Jun sehingga September.

Jabatan Kesihatan Awam Daerah Maricopa dalam maklumannya kepada Reuters memberi amaran, perkara ini seharusnya menjadi peringatan untuk bersedia pada masa hadapan. - REUTERS

Media Baharu