PYONGYANG, 18 November- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa pasukan tenteranya meningkatkan keupayaan untuk berperang.
Gesaan itu dibuat ketika menyampaikan ucapan itu pada persidangan komander batalion dan pengajar politik yang diadakan di Pyongyang pada Jumaat lalu selepas Pyongyang menghantar beribu-ribu tentera ke Rusia.
Beliau menggesa untuk membina kekuatan politik dan ketenteraan serta kecekapan pertempuran bagi memastikan angkatan tentera dapat menghadapi peperangan.
Washington, Seoul dan Kiev mendakwa terdapat lebih 10,000 askar Korea Utara di Rusia untuk menyokong perangnya terhadap Ukraine.
Sebahagian daripada tentera itu didakwa telah terlibat dalam pertempuran di Kursk, berhampiran sempadan Ukraine.- REUTERS