fb fb fb fb fb

Kilang penapisan meletup, lapan petugas dikejarkan ke hospital

(Kilang penapisan 'Come By Chance')

OTTAWA, 3 September- Letupan di kilang penapisan minyak Atlantik Kanada pada Jumaat mengakibatkan lapan orang cedera, termasuk sekurang-kurangnya seorang dalam keadaan serius.

Polis persekutuan Jolene Garland memberitahu petugas kecemasan bertindak balas terhadap laporan berlakunya "letupan kecil" dan kebakaran pada pukul 4:00 petang di 'Come By Chance', 150 kilometer (90 batu) dari St. John di tenggara pulau, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Newfoundland dan Labrador.

Jumlah yang cedera pada mulanya dilaporkan enam orang, termasuk seorang dalam keadaan serius meningkat secara berperingkat sepanjang lewat petang ketika media tempatan menggambarkan suasana sibuk dengan beberapa ambulans dilaporkan berulang alik ke lokasi kejadian.

"Lapan individu telah dihantar ke hospital, sebilangannya mengalami kecederaan serius akibat letupan itu," kata polis dalam kemas kini terkini.

"Kebakaran yang disebabkan oleh letupan itu dapat dikawal," tambahnya.

Dalam satu kenyataan, Braya Renewable Fuels berkata "terdapat insiden di kilang penapisan" tetapi menambah bahawa ia telah dipadamkan dengan cepat.

"Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menyokong (pekerja yang cedera) dan keluarga mereka pada masa ini," kata syarikat itu.

Punca letupan sedang dalam siasatan. Braya berkata ia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang menyiasat kejadian itu.

Bekas penapisan Atlantik Utara itu dijenamakan semula sebagai Braya Renewable Fuels selepas firma ekuiti swasta AS Cresta Fund Management membeli pegangan majoriti tahun lepas.

Kemudahan terbiar itu akan dibuka semula tidak lama lagi sebagai loji biofuel, menghasilkan sehingga 18,000 tong diesel dan bahan api penerbangan setiap hari, kebanyakannya diperbuat daripada canola, kacang soya dan minyak masak terpakai.

Apabila perjanjian itu diumumkan pada November 2021, Cresta berkata kilang itu akan menggaji sekurang-kurangnya 200 pekerja. -AFP


(Kilang penapisan 'Come By Chance' / Wikipedia)

Media Baharu