fb fb fb fb fb

Serangan di barat daya Colombia membunuh lapan polis

(Foto Hiasan)

BOGOTA, 3 September- Serangan menggunakan bahan letupan di barat daya Colombia mengakibatkan lapan pegawai polis terbunuhu pada Jumaat.

Presiden Gustavo Petro berkata dia menolak sekeras-kerasnya serangan tersebut dan menyatakan solidariti dengan keluarga mangsa.

Serangan itu berlaku di kawasan luar bandar di wilayah Huila.

“Ia adalah serangan terhadap polis peronda, menggunakan bahan letupan dan mereka seolah-olah dibunuh dengan senjata api,” kata jurucakap polis wilayah kepada AFP.

Pihak berkuasa masih belum menuding jari menyalahkan sesiapa.

Ia adalah serangan paling serius terhadap pasukan keselamatan awam sejak bekas gerila Petro mengambil alih kuasa pada awal Ogos, menjadi presiden berhaluan kiri pertama Colombia.

Colombia telah mengalami konflik antara negara dan pemberontak berhaluan kiri selama enam dekad, dengan paramilitari sayap kanan dan pengedar dadah turut memainkan peranan.

Kerajaan berhaluan kiri Petro yang baharu memberi tumpuan dalam mengubah taktik yang digunakan oleh tentera, menuntut mereka supaya lebih menghormati hak asasi manusia dan bertindak dalam mempertahankan keamanan.

Petro telah membuka semula dialog dengan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN), yang diiktiraf secara meluas sebagai kumpulan gerila terancang terakhir yang beroperasi di negara Amerika Selatan itu.

Pendahulunya, Ivan Duque yang konservatif, telah memutuskan rundingan damai berikutan serangan bom kereta pada 2019 ke atas akademi polis di Bogota yang menyebabkan 22 orang terbunuh.

Petro juga telah mencadangkan gencatan senjata "pelbagai hala" dengan penentang dari Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang meletakkan senjata dan menandatangani perjanjian damai pada 2016.

Presiden telah memohon dasar "kedamaian menyeluruh" dalam usaha untuk menamatkan konflik.

Dia juga telah mencadangkan "pembubaran secara aman" organisasi lain seperti Clan del Golfo, kartel dadah terbesar di negara itu, yang telah mengumumkan kesediaannya untuk menyelaraskan gencatan senjata untuk merundingkan pelucutan senjatanya.

"Tindakan ini menunjukkan sabotaj yang jelas terhadap keamanan secara keseluruhan," kata Petro mengenai serangan pada hari Jumaat.

Wakil khas PBB di Colombia, Carlos Ruiz, turut mengutuk serangan itu dan menyeru untuk "terus menegaskan usaha keamanan".

Menteri Pertahanan Ivan Velasquez menyeru angkatan tentera untuk "bertindak balas secara paksa terhadap serangan terhadap keamanan ini."


(Presiden Colombia, Gustavo Petro / AFP)

Media Baharu