fb fb fb fb fb

NASA sedia lancar roket ke bulan hari ini

((NASA) membatalkan penerbangan ujian roket Bulan terbesarnya pada Isnin lalu
kerana isu suhu salah satu daripada empat enjin gergasi/FOTO AFP)

WASHINGTON, 3 September - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menyasarkan untuk melakukan percubaan kedua hari ini untuk melancarkan roket Bulan menerusi Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) baharunya.

Pelancaran Misi Artemis 1 yang tertunda sebelum ini, dijadualkan pada pukul 2.17 petang waktu tempatan, dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida.

Pelancaran itu menggunakan roket SLS setinggi 32 tingkat yang dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, bagi menguji kapsul Orionnya pada penerbangan ujian enam minggu tanpa kru mengelilingi bulan dan kembali ke Bumi.

Pelancaran yang ditunggu-tunggu itu akan memulakan program Moon-to-Mars Artemis agensi angkasa Amerika Syarikat (AS), yang diadakan 50 tahun selepas angkasawan Apollo 17 kali terakhir menjejakkan kaki di bulan.

(NASA menyasarkan untuk membuat percubaan kedua untuk melancarkan roket bulan Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) baharunya hari ini/FOTO AFP)

Jika misi diteruskan hari ini, kapsul Orion yang dipasang pada roket akan menghabiskan 37 hari di angkasa, mengorbit bulan sejauh kira-kira 100 kilometer.

Percubaan pelancaran Artemis I NASA Isnin lalu berakhir dengan masalah suhu pada satu enjin roket pelancar, memaksa ia ditangguhkan. - AFP

Media Baharu