fb fb fb fb fb

Tiga angkasawan Shenzhou-14 berjaya tamatkan misi EVA

(Angkasawan Shenzou-14 melaksanakan misi aktiviti luar kenderaan (EVA)/Syot layar REUTERS)

BEIJING, 3 September - Angkasawan Shenzhou-14, berjaya menamatkan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) selama enam jam.

Ketiga-tiga angkasawan dari China iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe, selamat kembali ke kabin eksperimen Wentian sekali gus menandakan kejayaan misi tersebut semalam.

Ini merupakan kali pertama angkasawan menjalankan aktiviti di luar kabin eksperimen Wentian, dengan bantuan lengan mekanikal kecil.

Dalam tempoh itu ketiga-tiga angkasawan bekerjasama menyelesaikan misi seperti mengangkut kamera panoramik di kabin Wentian, pengesahan pemulangan kecemasan autonomi di luar kabin dan lain-lain.

(Angkasawan China Chen Dong (Tengah), Liu Yang (Kanan) dan Cai Xuzhe (Kiri)
menghadiri sidang akhbar sebelum misi penerbangan angkasa Shenzhou-14 pada 4 Jun lalu/FOTO fail REUTERS)

Keseluruhan proses itu melibatkan proses menguji keupayaan angkasawan untuk bekerjasama dengan lengan mekanikal kecil serta mengesahkan fungsi peralatan yang berkaitan berjalan lancar. - REUTERS

Media Baharu