fb fb fb fb fb

Korea Selatan, AS dan Jepun sepakat ambil tindakan tegas ujian senjata nuklear Pyongyang

SEOUL, 2 September - Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat sepakat untuk mengambil tindakan tegas terhadap ujian senjata nuklear baharu oleh Korea Utara.

Penasihat keselamatan tertinggi Korea Selatan, Kim Sung Han membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan tiga hala dengan rakan sejawatannya dari Amerika dan Jepun, Jake Sullivan dan Takeo Akiba, di Honolulu.

Pegawai Kanan di Seoul dan Washington sebelum ini berkata Korea Utara dilihat telah melakukan "semua persediaan" untuk ujian nuklearnya dan ia mungkin hanya menanti masa.

Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terakhir pada September 2017.

Kim enggan mengulas mengenai sebarang langkah khusus yang mungkin diambil oleh ketiga-tiga negara terhadap Korea Utara.

Namun berkata ia akan menyedarkan Pyongyang bahawa tindakan melancarkan ujian senjata nuklear ketujuh merupakan "keputusan yang salah".

(Marin AS dan Korea Selatan menyertai latihan operasi pendaratan bersama AS di Pohang pada 31 Mac 2014/FOTO REUTERS)

Pertemuan tiga hala antara penasihat keselamatan negara tertinggi Korea Selatan, Jepun dan Amerika adalah yang pertama seumpamanya dalam tempoh 16 bulan.

Serta yang pertama sejak Kim mengambil alih jawatan pada awal tahun ini. - REUTERS

Media Baharu