fb fb fb fb fb

Keuntungan Netflix meningkat berikutan peningkatan bilangan pelanggan

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 19 Julai - Keuntungan konglomerat hiburan dalam talian Netflix meningkat pada suku kedua, mengatasi jangkaan Wall Street, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat itu pada Khamis.

Keuntungan bersih Netflix ialah US$2.15 bilion atau US$4.88 sesaham, berbanding US$1.49 bilion, atau US$3.29 sesaham, pada suku kedua tahun lepas.

Pendapatan syarikat bagi suku itu meningkat 16.7 peratus kepada US$9.56 bilion daripada US$8.19 bilion tahun lalu.

Pada suku kedua, peneraju pasaran penstriman video itu memperoleh 8 juta pelanggan, peningkatan 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Netflix kini mempunyai sekitar 277.7 juta pelanggan di seluruh dunia, katanya. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF