fb fb fb fb fb

Chile dilanda gempa bumi

FOTO FAIL/REUTERS

SANTIAGO, 19 Julai - Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter melanda utara Chile pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat gempa terletak 164 batu (265 kilometer) timur bandar pantai Antofagasta pada kedalaman 78.5 batu (126 kilometer).

Chile terletak di sepanjang 'Ring of Fire' Pasifik, adalah jalur di sepanjang Samudra Pasifik yang terdapatnya gunung berapi aktif yang menyebabkan gempa bumi.

Pada 2010, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter menyebabkan tsunami yang menghanyutkan seluruh kampung di selatan dan tengah negara itu, menyebabkan kira-kira 520 orang terkorban.

Bersempadan dengan Lautan Pasifik di barat dan banjaran gunung Andes di timur, Chile juga merupakan salah satu negara yang paling aktif secara seismik di dunia.- AFP

TETITIA YUSOFF