fb fb fb fb fb

Jepun sasar kedatangan 60 juta pelancong setahun, menjelang 2030

FOTO REUTERS

TOKYO, 19 Julai - Jepun mengalu-alukan lebih sejuta pelancong asing ke negara itu bagi suku pertama tahun ini, kata organisasi pelancongan negara itu pada Jumaat.

Kadar mata wang yang lemah menarik orang ramai ke Jepun dengan pelbagai lokasi menarik dan varieti yang disediakan.

Angka dari Januari hingga Jun itu mengatasi paras tertinggi sebelumnya iaitu daripada 2019 iaitu 16.63 juta.

Peningkatan kemasukan itu mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan di kawasan seperti Kyoto dan Gunung Fuji.

Mengikut turutan negara, pelawat Korea Selatan ke Jepun mendahului carta iaitu pada 4.4 juta dalam tempoh enam bulan.

China berada di tempat kedua dengan kira-kira tiga juta, lima kali lebih banyak daripada tempoh sama tahun lalu.

Pelawat dari Taiwan berada di tempat ketiga dan Amerika Syarikat di tempat keempat.

Sepanjang tahun 2023, sebanyak 25 juta pelawat datang ke Jepun, selepas sekatan sempadan era pandemik yang ketat ditarik balik.

Negara itu menyasarkan menarik 60 juta pelancong setahun menjelang 2030.

Bulan lalu Ketua Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun Ichiro Takahashi, menyebut sasaran itu sebagai 'angka yang boleh kami capai dengan melakukan usaha yang betul'.

"Masih terdapat banyak tempat yang kurang dikenali di Jepun yang tidak diterokai pelancong dari luar negara dan saya percaya Jepun mempunyai sumber pelancongan yang tidak terhingga," katanya kepada pemberita.- AFP

TETITIA YUSOFF