fb fb fb fb fb

Ketua Tentera Israel letak jawatan gagal sekat serangan Hamas

Ketua Tentera Israel, Mejar Jeneral Herzi Halevi/Foto AFP

BAITULMAQDIS, 21 Januari - Ketua Tentera Israel, Mejar Jeneral Herzi Halevi, meletakkan jawatannya di atas kegagalan menyekat serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Dalam surat peletakan jawatan yang dikeluarkan oleh tentera Israel, Halevi menyatakan bahawa beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan tersebut.

Sejak perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, pada hari pertama gencatan senjata, Hamas membebaskan tiga wanita Israel yang ditawan.

Sementara itu, Israel melepaskan 90 tahanan Palestin, termasuk 69 wanita dan 21 remaja lelaki.

Pada fasa pertama pertukaran, perjanjian ini merangkumi pembebasan 33 tahanan Israel oleh Hamas dalam tempoh 42 hari pertama.

Manakala, Israel perlu membebaskan lebih daripada 1,900 tahanan Palestin sebagai balasan.

Pembebasan seterusnya, Hamas telah mengumumkan akan membebaskan empat lagi tahanan Israel pada Sabtu ini (25 Januari) sebagai sebahagian daripada fasa kedua pertukaran tahanan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN