fb fb fb fb fb

Ketua kumpulan Yakuza didakwa seludup bahan nuklear

Ketua Kongsi gelap Yakuza,Takeshi Ebisawa mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup bahan nuklear dari Myanmar / Foto REUTERS

NEW YORK, 9 Januari-Ketua sebuah sindiket jenayah Jepun mengaku bersalah terhadap tuduhan menyeludup bahan nuklear dari Myanmar pada Rabu menurut kenyataan Jabatan Kehakiman A.S

Takeshi Ebisawa, 60, seorang warganegara Jepun, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan Manhattan, New York, atas tuduhan berkomplot bersama rangkaiannya untuk menyeludup bahan nuklear, termasuk uranium dan plutonium gred senjata, dari Myanmar ke negara lain, kata Jabatan Kehakiman.

Ebisawa juga mengaku bersalah atas tuduhan penyeludupan narkotik antarabangsa dan kesalahan berkaitan senjata api.

Pada Februari 2024, pihak berkuasa A.S. mendakwa Ebisawa, seorang pemimpin jenayah "Yakuza" Jepun, atas tuduhan berkomplot menyeludup bahan nuklear dari Myanmar untuk kegunaan Iran dalam senjata nuklear.

Beliau sebelum ini juga didakwa pada tahun 2022 atas kesalahan penyeludupan narkotik antarabangsa dan senjata api.

"Seperti yang diakuinya di mahkamah persekutuan hari ini, Takeshi Ebisawa dengan berani menyeludup bahan nuklear, termasuk plutonium gred senjata, keluar dari Burma (Myanmar)," kata Pemangku Peguam A.S., Edward Kim, bagi Daerah Selatan New York.

"Pada masa yang sama, beliau berusaha menghantar sejumlah besar heroin dan methamphetamine ke Amerika Syarikat sebagai pertukaran untuk senjata berat seperti peluru berpandu darat yang akan digunakan di medan perang di Burma.

"Beliau juga mencuci wang hasil dadah yang dipercayainya dari New York ke Tokyo," tambah Kim.

Rancangan Ebisawa dikesan dan digagalkan melalui kerjasama antara pihak berkuasa dari A.S., Indonesia, Jepun, dan Thailand.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD