PALESTIN, 10 November- Ketua kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh dilapor tiba di Mesir hari ini untuk perbincangan mengenai situasi perang di Gaza yang diserang secara besar-besaran oleh Israel sejak 7 Oktober lalu.
Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan, delegasinya telah bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel.
Lawatan Ismail dilakukan ketika Qatar sedang menjalankan rundingan mengenai pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Sebelum ini, Mesir dan Qatar telah terlibat dalam rundingan yang membawa kepada pembebasan dua tahanan wanita pada akhir Oktober lalu. -AFP