fb fb fb fb fb

Kesatuan Eropah harap kerjasama Liz Truss

(Liz Truss/Foto AFP)

BRUSSELS, 6 September- Presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Ursula von der Leyen mengucapkan tahniah kepada Liz Truss kerana dinamakan Perdana Menteri baharu Britain.

Beliau berharap, kedua-dua pihak dapat bekerjasama dan menghormati sepenuhnya perjanjian Brexit, Britain dengan Kesatuan Eropah.

Ini termasuk Protokol Ireland Utara, klausa yang mengekalkan Ireland Utara di dalam zon kastam EU dan pasaran tunggal.

"EU dan UK adalah rakan kongsi. Kami menghadapi banyak cabaran bersama-sama, daripada perubahan iklim kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, " kata von der Leyen dalam tweet ucapan tahniahnya kepada Truss.

"Saya menantikan hubungan yang membina, dalam menghormati 'perjanjian kami' sepenuhnya...termasuk dalam apa yang akan dilihat sebagai rujukan kepada Protokol Ireland Utara," tambahnya.-AFP

(Ursula von der Leyen/Foto fail AFP)

Media Baharu