LONDON, 25 Julai-Kesalahan mencuri di kedai di England dan Wales meningkat 30 peratus pada March 2024 sekali gus menjadikan angka tersebut antara tertinggi dalam tempoh 20 tahun, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Ujar ONS, terdapat 443,995 kesalahan mencuri direkodkan oleh pihak polis setiap tahun berbanding 342,428 sehingga March 2023.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berterusan sejak pandemik COVID-19.
Namun, para peruncit dan pekedai berkata realitinya terdapat beribu-ribu insiden kecurian kedai yang tidak dilaporkan memandangkan kedai tersebut adalah kecil.
Manakala pemilik kedai berkenaan tidak melaporkan kepada pihak polis kerana beranggapan bahawa mereka tidak akan melayani laporan berkenaan selain tiada pendakwaan terhadap pelaku.
Isu kecurian kedai dan keganasan terhadap pekerja kedai telah dibangkitkan oleh kebanyakan peruncit terbesar Britain sepanjang tahun lepas termasuk Tesco (TSCO.L), John Lewis dan Primark (ABF.L).
Kumpulan pelobi Konsortium Runcit British berkata industri peruncitan kehilangan hampir 1 bilion pound (AS$1.3 bilion) setahun akibat kecurian.
Kesatuan sekerja pekerja runcit Usdaw berkata ia "sangat bimbang" dengan angka terbaharu itu.
"Peningkatan 30% dalam kegiatan mencuri kedai ini adalah bukti lanjut bahawa kita sedang menghadapi wabak jenayah runcit, yang amat membimbangkan," kata Setiausaha Agung Usdaw, Paddy Lillis.
Kerajaan baharu Britain telah berjanji untuk memperkenalkan hukuman kerana menyerang pekerja kedai runcit dan pasar raya