(Foto hiasan)
WASHINGTON, 28 Ogos- Facebook telah mencapai persetujuan awal dalam tuntutan ganti rugi daripada rangkaian media sosial itu kerana membenarkan pihak ketiga, termasuk syarikat Cambridge Analytica, mengakses data peribadi pengguna.
Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah San Francisco pada Jumaat, Facebook menyatakan sedang menyerahkan draf "perjanjian secara prinsip" dan telah meminta penangguhan prosiding selama 60 hari sebelum memuktamadkannya.
Rangkaian media sosial itu tidak menunjukkan jumlah atau syarat perjanjian tersebut.
Ketika ditanya AFP pada Sabtu, Facebook berkata mereka "tiada komen untuk dikongsi pada masa ini."
Pengguna Facebook telah menuduh rangkaian media sosial itu melanggar peraturan privasi dengan berkongsi data mereka dengan pihak ketiga termasuk firma Cambridge Analytica, yang dikaitkan dengan kempen presiden Donald Trump pada 2016, dalam tuntutan mahkamah yang dimulakan pada 2018.
Cambridge Analytica telah ditutup kerana mengumpul dan mengeksploitasi,data peribadi 87 juta pengguna Facebook, tanpa persetujuan mereka.
Pada 2019, pihak berkuasa persekutuan mendenda $5 bilion kepada Facebook kerana mengelirukan penggunanya dan mengenakan pengawasan bebas terhadap pengurusan data peribadi.
Sejak skandal Cambridge Analytica terbongkar, Facebook telah mengalih keluar akses datanya daripada beribu-ribu aplikasi yang disyaki menyalahgunakannya. -AFP
(Foto hiasan)