(Keadaan kereta curi setelah berjaya ditarik)
MADRID, 21 Ogos- Pihak bomba Madrid berdepan detik sukar apabila cuba mengalihkan sebuah kereta yang tersekat di tangga stesen metro.
Kejadian yang berlaku di ibu kota Sepanyol ini telah tular di media sosial.
Kereta tersebut gagal dilarikan oleh seorang lelaki dan hasratnya untuk memiliki kenderaan curi tidak kesampaian.
Pada mulanya kejadian itu dikesan di laluan bas sebelum merempuh pintu masuk stesen metro Plaza Eliptica.
Polis telah mengesahkan kejadian itu dan siasatan telah dijalankan.
Sebahagian warga siber berpendapat ianya seakan permainan video 'Grand Theft Auto' (GTA).
Suspek ditahan sejurus kejadian dan tiada mangsa dilaporkan cedera akibat insiden itu.
(Kereta yang cuba diselamatkan pihak bomba Madrid)