(Udang yang 'masak' akibat cuaca panas melampau di China)
CHINA, 28 Ogos- Akibat cuaca panas melampau di China, udang yang masih hidup, ‘masak’ dengan sendirinya.
Kejadian tersebut terjadi kepada seorang wanita di Xinyang, China.
Menurut Fang, udang itu diletakkan di dalam beg berisi air ketika dia membelinya di sebuah pasar raya.
Apabila tiba di rumah, dia mendapati kesemua udangnya mati dengan beberapa ekor daripadanya telah ‘masak’ seolah-olah 'direbus’.
Fang berkata pada hari kejadian, suhu adalah lebih 40 darjah Celsius ketika dia meletakkan beg berisi udang tersebut di tempat duduk belakang basikal elektriknya.
Pihak berkuasa tempatan juga menasihatkan supaya menangguhkan kerja luar dan meneliti aspek keselamatan kebakaran juga mengambil langkah keselamatan terhadap gelombang haba.
Menurut Pusat Metereologi Negara China, beberapa kawasan di Anhui, Shanghai, Hubei, Chongqing, dan Xinjang mungkin melepasi 40 darjah Celsius.
(Udang yang dibeli oleh Fang 'masak' akibat cuaca melampau)