fb fb fb fb fb

Peranti khas untuk ular berjalan

(Allen Pan ketika meneliti peranti yang dicipta khas untuk ular berjalan)

LOS ANGELES, 28 Ogos- Satu peranti yang dicipta khas berkeupayaan untuk ular berjalan menggunakan kaki telah direka oleh Allen Pan.

Jejaka yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan ini, telah mencipta peranti pasang siap yang berasaskan tiub panjang dan empat kaki plastik untuk dipasang pada haiwan itu.

Allen Pan yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan telah mencipta peranti pasang siap yang berasaskan tiub panjang dan empat kaki plastik untuk dipasang pada haiwan itu.

Kata Allen, peranti itu boleh dipasang dan dibuka dengan mudah serta tidak mencederakan haiwan reptilia tersebut.

Sebelum peranti ini diprogram dan dipasang kepada reptilia tersebut, beliau telah ke sebuah kedai peliharaan haiwan bagi memerhati cara haiwan berjalan.

Antara haiwan yang diperhati adalah pergerakan seekor cicak.

Ia sebagai sumber inspirasi kepada sut robot yang ingin diciptanya.

(Ular sawa bola ketika dipakaikan peranti khas yang membolehkan ianya berjalan)

Seekor ular sawa bola dipakaikan peranti tersebut yang telah diprogramkan menggunakan komputer riba.

Haiwan reptilia itu kelihatan selesa apabila peranti itu digerakkan.

Video yang dimuat naik laman youtube Allen Pan pada 13 Ogos lalu telah mendapat tontonan lebih lima juta tontonan.

Media Baharu