fb fb fb fb fb

Kereta Ford Escort Puteri Diana dilelong 762,600 dolar

(FOTO AFP)

LONDON, 28 Ogos- Sebuah kereta yang pernah dimiliki mendiang Puteri Diana dijual pada lelongan di United Kingdom dengan harga AS$762,600.

Kereta jenis Ford Escort RS Turbo Series 1 itu dibeli seorang pembeli Britain di pusat lelongan Silverstone pada Sabtu.

Kenderaan berkenaan dipandu Puteri Diana antara tahun 1985 dan 1988 masih dalam keadaan baik dengan jarak pembatuan hanya 24,961 kilometer.


(Kereta Ford Escort RS Turbo yang pernah dimiliki oleh Puteri Diana/ AFP)

Kereta berkenaan antara sebahagian kenderaan yang termaktub dalam perjanjian keselamatan antara Ford dan pasukan keselamatan Puteri Diana.

Kereta itu dilengkapi ciri tambahan yang dipertingkat, antaraya cermin pandang belakang sekunder untuk kegunaan pasukan keselamatan, kemudahan radio dan ruang penyimpanan sarung tangan.

Pada Jun tahun lalu, sebuah kereta model sama Ford Escort turut dilelong dengan harga AS$61,000 - AFP

Media Baharu