fb fb fb fb fb

Kes tembak, dua lagi mayat ditemukan

(Foto Hiasan)

BANGKOK, 10 April- Dua lagi mayat ditemukan berikutan kejadian berbalas tembakan di selatan Thailand pada Sabtu lalu.

Menurut Pegawai Polis, Ampai Meemassu, ia menjadikan jumlah kematian kepada enam orang.

"Polis sedang memburu dua lelaki bersenjata berhubung pertumpahan darah di wilayah selatan Surat Thani.

"Pihak berkuasa menemukan mayat lelaki berusia 20-an di dalam kereta pada petang Ahad dan mayat wanita ditemukan pada Isnin.

"Empat orang telah disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

"Kedua-dua mangsa yang baharu disahkan itu dikenal pasti sebagai anak dan isteri kepada salah seorang suspek," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut laporan media tempatan, sebahagian mangsa dan suspek adalah keluarga.

Pemilikan senjata api adalah tinggi di Thailand berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu