fb fb fb fb fb

Lampu, hiasan warna-warni terangi Jeddah

(Foto REUTERS)

JEDDAH,10 April- Lampu dan hiasan berwarna-warni menerangi Jeddah pada waktu malam, terutamanya pada Ramadan ini.

Ratusan pengunjung berkumpul di Jeddah, tempat tumpuan di Arab Saudi.

Orang ramai berkumpul untuk melihat muzik secara langsung dan tarian tradisional.

Pengunjung juga dilihat melawat muzium dan tapak bersejarah pada waktu siang.

Menurut pelawat, Salem al-Haddad orang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di sini untuk merasai keindahan zaman dahulu di Arab Saudi yang digambarkan pada malam-malam Ramadan ini.

Masyarakat Arab Saudi telah menyaksikan perubahan sosial yang ketat di bawah pemerintahan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Antaranya menarik balik larangan ke atas wanita memandu serta percampuran lelaki dan perempuan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu