fb fb fb fb fb

Jerebu selubungi Chiang Mai

(Foto REUTERS)


CHIANG MAI,10 April- Kerajaan Thailand pada Isnin menggesa penduduk di bandar Chiang Mai, utara Thailand tidak berada di luar rumah susulan jerebu yang teruk.

Kebakaran hutan dan aktiviti membakar sisa tanaman menyebabkan kawasan pelancongan popular itu berlaku pencemaran udara sejak beberapa minggu lalu.

Jabatan perubatan Thailand meminta orang ramai, terutamanya warga emas, kekal memakai topeng muka.

"Orang ramai diminta berada di rumah masing-masing dan mengurangkan aktiviti luar," katanya menerusi kenyataan.

Thailand mengalami jerebu sejak awal tahun ini, sebahagiannya disebabkan oleh pembakaran pertanian bermusim.

Kementerian Kesihatan Thailand memaklumkan, hampir dua juta orang memerlukan rawatan hospital akibat masalah pernafasan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu