fb fb fb fb fb

CICPE, lebih 1,000 produk baharu diperkenalkan

(Foto REUTERS)

CHINA, 10 April- Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga membuka tirainya di Haikou, Hainan, di sini.

Lebih 3,300 jenama dari 65 negara dan wilayah terlibat dengan ekspo itu.

Ini termasuk 147 jenama dari Itali.

Kali ini, ekspo berkenaan memberi tumpuan kepada produk berkualiti tinggi dan baharu.

Ekspo itu juga memperkenalkan lebih 1,000 produk baharu tahun ini.

Kali ini, kawasan pameran mencapai 120,000 meter persegi iaitu 20 peratus lebih besar berbanding edisi terdahulu dengan disertai lebih 3,100 jenama dari 65 negara dan wilayah.

Ekspo itu dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 15 April ini dan mensasarkan lebih 300,000 pengunjung.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu