fb fb fb fb fb

72 maut akibat lemas selepas cuti panjang

(FOTO HIASAN)

MANILA, 10 April - Sekurang-kurangnya 72 orang maut akibat lemas di Filipina sejak awal bulan ini, kata Polis.

Angka kematian luar biasa itu berlaku ketika sebahagian daripada jutaan rakyat di negara itu mengunjungi pantai bersempena cuti perayaan keagamaan.

Jurucakap Polis Negara Filipina (PNP), Kolonel Jean Fajardo berkata jumlah korban yang tinggi itu sebahagiannya adalah disebabkan oleh 'perjalanan membalas dendam' selepas sekatan pergerakan selama bertahun-tahun akibat COVID-19.

(FOTO HIASAN)

"Orang ramai agak teruja untuk pergi ke pantai dan pusat peranginan," kata Fajardo kepada AFP.

Beliau berkata, mangsa lemas termasuk kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan oleh penjaga ketika berenang serta orang yang mandi di pantai ketika sedang mabuk.

"Angka kematian ini adalah luar biasa dan lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya. Pusat peranginan dan pantai penuh sesak, ini juga menyumbang kepada jumlah kejadian lemas," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, lemas adalah kematian ketiga tertinggi akibat kecederaan tidak disengajakan di seluruh dunia dengan anggaran 236,000 kematian setiap tahun.-AFP

Media Baharu