fb fb fb fb fb

Kes pertama Omicron XE dikesan di Jepun

TOKYO, 12 April- Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron XE di negara itu.

Ia melibatkan seorang wanita berusia 30-an yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac lalu.

Menurut Agensi Berita Kyodo, wanita itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang.

(Foto fail/ AFP)

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun pada Isnin berkata, wanita itu sudah menerima dua suntikan vaksin Pfizer Inc., tetapi disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang.

Wanita itu kemudiannya menerima rawatan di pusat kesihatan sebelum dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat.

Strain XE merupakan gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron dengan kadar kebolehjangkitannya 12.6 peratus lebih cepat berbanding BA.2. -AFP

Media Baharu