fb fb fb fb fb

Kes penyakit berjangkit di Gaza meningkat

Foto AFP

RAMALLAH, 10 Disember- Serangan rejim zionis terhadap orang awam di Gaza telah menyebabkan peningkatan penyakit berjangkit termasuk cirit birit, jangkitan pernafasan akut, keradangan kulit dan penyebaran penyakit seperti Hepatitis A.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan Gaza berkata kumpulan yang terdedah kepada penyakit itu termasuk orang kurang upaya (OKU) dan wanita hamil.

"Serangan Israel turut menyasarkan hospital, pusat kesihatan, ambulans dan pasukan perubatan.

"Rejim zionis mengepung dan menyerbu ambulans dan menahan pesakit," kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Tambahnya, serangan berterusan rejim zionis terhadap Palestin turut menyebabkan lebih 60 peratus rumah di Gaza musnah dengan 56,000 unit musnah sepenuhnya.

Serangan berterusan sejak Oktober lalu itu mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda yang dimiliki rakyat Palestin.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM