TUNISIA, 10 Disember- Hampir 70,000 pendatang asing telah dipintas ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean dari Tunisia ke Itali tahun ini.
Menurut Pengawal Kebangsaan Tunisia, angka itu meningkat dua kali ganda daripada tahun 2022.
"Tunisia dan Libya adalah tempat berlepas utama bagi beribu-ribu pendatang asing untuk berlepas ke Eropah.
"Jumlah yang dipintas oleh pihak berkuasa Tunisia adalah seramai 69,963 untuk 11 bulan pertama tahun 2023, berbanding 31,297 dalam tempoh yang sama tahun lalu," katanya.
Sumber kemanusiaan antarabangsa memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 5,500 pendatang Libya dan 3,000 pendatang Algeria telah diusir ke sempadan setakat Jun lalu.
Lebih 100 pendatang asing telah meninggal dunia di padang pasir Libya-Tunisia pada musim panas ini. - AFP