fb fb fb fb fb

Enam orang terkorban di AS akibat puting beliung

Foto REUTERS

WASHINGTON, 10 Disember- Puting beliung dan cuaca buruk di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terkorban.

Kejadian turut menyebabkan kira-kira 86,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pejabat Pengurusan Kecemasan Nashville berkata tiga kematian berlaku di pinggir bandar utara Nashville.

"Kejadian menyebabkan banyak kediaman rosak manakala pokok-pokok turut tumbang," kata Pejabat Pengurusan Kecemasan Nashville di X.

Sementara itu, kerajaan Bandar Montgomery berkata tiga lagi kematian dilapor berlaku di Clarksville.

Katanya, 23 orang lagi telah dirawat di hospital akibat puting beliung itu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM