fb fb fb fb fb

Hampir 200 pelarian Rohingya terkandas di Indonesia

Foto AFP

BANDA ACEH, 10 Disember- Hampir 200 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkandas di sebuah pantai di barat Indonesia.

Menurut Ketua Badan Sosial Pidie di wilayah Aceh, Muslim, pihak berkuasa tempatan Indonesia tidak akan menerima ketibaan baharu itu.

"Mereka akan ditempatkan di lokasi pendaratan. Kali ini kerajaan Indonesia tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan. Kerajaan itu juga tidak akan bertanggungjawab menyediakan khemah atau keperluan asas lain kepada pelarian," kata Muslim kepada AFP di sini.

Pihak berkuasa tempatan dan penduduk enggan menerima kedatangan Rohingya ke negara itu.

Rabu lalu, kira-kira 150 penunjuk perasaan di Pulau Sabang di Aceh bertempur dengan polis dan menggesa pelarian Rohingya dipindahkan.

Presiden, Joko Widodo berkata pada Jumaat bahawa bantuan sementara akan disediakan untuk pelarian dengan keutamaan kepada kepentingan masyarakat setempat. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM