fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 global meningkat 20 peratus -WHO

FOTO: AFP


GENEVA, 19 Januari- Pandemik COVID-19 masih 'jauh' daripada berakhir, namun sekarang bukan masa untuk menyerah.'

Demikian tegas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang turut meluahkan kebimbangan dengan sektor perkhidmatan kesihatan susulan penularan varian Omicron yang terus meningkat.

Menurut beliau, ketika ini dunia dapat mengurangkan kesan gelombang semasa dengan kaedah dan alat kesihatan selain melaksanakan langkah-langkah kesihatan dan sosial awam.

Mengulas mengenai pandangan Omicron sebagai varian terakhir, sekali gus pandemik juga akan berakhir, Ketua Teknikal WHO, Maria Van Kerkhove berkata perkara itu tidak akan berlaku.

Jelasnya kerana jangkitan harian seluruh dunia kini meningkat 20 peratus dengan hampir 19 juta kes dalam tempoh seminggu.

Ujarnya lagi, kadar kematian pula mencatatkan kira-kira 45,000 kes bagi tempoh yang sama. -AFP

Media Baharu