fb fb fb fb fb

COVID-19: Perancis catat rekod 464,000 kes harian

FOTO: AFP


PARIS, 19 Januari
- Kes harian baharu jangkitan COVID-19 di Perancis menghampiri angka setengah juta, apabila 464,779 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Perancis, secara purata, kes baharu COVID-19 di negara itu mencatat lebih 300,000 kes sehari akibat varian Omicron sepanjang minggu lalu.

Kesatuan Guru Perancis turut bercadang mengadakan demonstrasi minggu ini bagi membantah ujian saringan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin yang didakwa mengganggu sesi pembelajaran di kelas.

Mereka juga mendakwa kerajaan gagal mewujudkan peraturan jelas yang akan memastikan jumlah sebenar pelajar yang boleh berada di sekolah.

"Gangguan di kelas menjadi tidak terurus dengan penularan varian Omicron menyebabkan ramai ibu bapa bergelut untuk mendapatkan janji temu vaksin untuk anak mereka dan terpaksa beratur panjang untuk ujian saringan di luar farmasi," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan untuk menyediakan lima juta pelitup muka untuk kakitangan sekolah serta mengupah lebih 3,000 guru ganti untuk menggantikan mereka yang terpaksa melakukan kuarantin selepas dijangkiti COVID-19 atau menjadi kontak rapat. - AFP

Media Baharu