fb fb fb fb fb

26 orang maut, gempa bumi di Afghanistan

FOTO AFP

AFGHANISTAN, 18 Januari - Sekurang-kurangnya 26 orang maut selepas gempa bumi melanda barat negara itu.

Jurucakap wilayah Baz, Mohammad Sarwary menyatakan - lima wanita dan empat kanak-kanak adalah antara 26 orang yang terkorban dalam gempa bumi itu.

Mangsa maut apabila bumbung rumah mereka runtuh di daerah Qadis di wilayah barat Badghis.

Gempa bumi kali ini bermagnitud 5.3 pada skala richter.

Daerah Qadis adalah satu daripada kawasan yang paling teruk terjejas akibat kemarau.

Gempa turut menyebabkan kerosakan pada kediaman penduduk daerah Muqr.

Negara itu sering dilanda gempa bumi, terutama di banjaran gunung berhampiran plat tektonik Eurasia dan India.

Pada 2015, hampir 280 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richer yang berpusat di banjaran gunung melanda Asia Selatan, dengan sebahagian besar kematian di Pakistan.

Media Baharu