fb fb fb fb fb

Gagal bayar jaminan, Petro Poroshenko boleh dipenjara

FOTO AFP

UKRAINE, 18 Januari- Bekas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mungkin terpaksa bermalam di penjara jika gagal membayar jaminan AS$35 juta seperti diminta pihak pendakwa raya.

Ketetapan mengenainya bagaimanapun belum diputuskan mahkamah.

Jumlah jaminan diminta pihak pendawaan untuk dikenakan kepada Poroshenko atas tuduhan khianat peringkat tinggi.

Sekiranya gagal, bekas presiden itu dicadang dipakaikan peranti pengawasan lokasi atau ditahan di penjara selama dua bulan.

Pasukan pendakwaan juga meminta mahkamah menetapkan bekas presiden itu dihalang keluar dari Kiev dan menyerahkan passport ke mahkamah.

Hakim Oleksii Sokolov bagaimanpaun memerlukan masa untuk membuat sebarang keputusan.

Poroshenko yang menjadi presiden pada 2014 hingga 2019 merupakan musuh politik presiden semasa, Volodymyr Zelensky.

Pentadbiran Zelensky mendakwa Poroshenko menjadi tali barut kepada kegiatan kumpulan pemisah pro-rusia semasa beliau memegang tampuk kuasa.

Poroshenko pula mendakwa Zelensky lembap mengawal pengaruh Rusia masuk ke Ukraine. -AFP

Media Baharu