fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh tangki simpanan minyak di Abu Dhabi meletup

FOTO AFP

DUBAI, 19 Januari - Emiriah Arab Bersatu, (UAE) menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat kecemasan berhubung kejadian tangki simpanan minyak meletup yang mengorbankan 3 orang berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi.

Letupan tersebut akibat serangan dron oleh kumpulan Houthi yang berpengkalan di Yaman.

2 warga India dan 1 warga Pakistan maut dalam letupan itu yang berlaku di stor penyimpanan minyak Adnoc.

Api marak sehingga kawasan pembinaan di lapangan terbang Abu Dhabi.

Kumpulan Houthi yang disokong Iran itu mengakui bertanggungjawab atas serangan terbabit dan memberi amaran akan melakukan lebih banyak serangan lagi termasuk menyasarkan serangan terhadap beberapa kawasan penting dan sensitif di UAE.

Media Baharu