fb fb fb fb fb

Banyak kediaman musnah akibat tsunami susulan letusan Tonga

FOTO AFP

WELLINGTON, 19 Januari- Tsunami setinggi 15 meter susulan letusan gunung berapi dasar laut di Tonga Sabtu lalu, menyebabkan kediaman musnah dan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Menurut kenyataan pertama kerajaan negeri, bencana yang belum pernah berlaku itu menyebabkan sebuah kampung musnah sepenuhnya sementara di beberapa penempatan lain sekitar kepulauan itu menyaksikan hanya beberapa buah rumah masih bertahan.

"Penduduk yang terselamat kini ditinggalkan berlindung di penempatan sementara. Bencana belum pernah terjadi sebelum ini," menurut kenyataan itu susulan letusan gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha'apai itu.

Pihak berkuasa telah menggerakkan pasukan keselamatan ke lokasi paling teruk terjejas bagi memindahkan penduduk yang terselamat.

Letusan gunung berapi dasar laut itu mencetuskan ombak tsunami setinggi 15 meter, membadai beberapa bahagian pantai barat kepulauan itu.

Perkampungan di Pulai Mango, lokasi suar kecemasan dikesan seminggu lebih awal dilaporkan musnah sepenuhnya.

Wanita berumur 65 tahun di Pulau Mango antara salah seorang mangsa yang maut selain lelaki berumur 49 tahun dan warga Britain, Angela Glover.

Beberapa kecederaan turut dilaporkan.

Gunung berapi sama dilaporkan meletus buat kali ke dua Isnin lalu. -AFP

Media Baharu