fb fb fb fb fb

Kes cacar monyet meningkat, New York perlu banyak bekalan vaksin

NEW YORK, 14 Julai- New York memerlukan lebih banyak bekalan vaksin cacar monyet, selepas menjadi pusat penularan penyakit itu di Amerika Syarikat.

Perkara tersebut ditekankan Datuk Bandar Eric Adams semasa berbincang dengan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

"Kami membincangkan kekangan bekalan yang dihadapi New York City dan keperluan mendesak untuk memperluas akses vaksin kami kepada lebih ramai orang, dilebih banyak kawasan kejiranan, melalui lebih banyak rakan kongsi dan pembekal," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kesihatan dijangka menambah 14,500 dos vaksin lagi, selepas 7,000 dos vaksin diterima pada 23 Jun lepas.


(Vaksin monkeypox diedarkan di kawasan penularan paling tinggi/AFP)

Perkhidmatan kesihatan negara itu mengutamakan dua dos vaksinasi untuk golongan berisiko seperti gay, biseksual atau lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis dan lain-lain.

Bandar yang mempunyai kira-kira 9 juta penduduk itu setakat ini merekodkan 336 kes cacar monyet.

Cacar monyet adalah penyakit virus endemik di negara Afrika Barat dan Tengah yang menyebabkan gejala seperti demam dan ruam.

Media Baharu