fb fb fb fb fb

Kerja pembersihan, saliran dimulakan selepas hujan lebat landa Mexico City

Kerja pembersihan, saliran dimulakan selepas hujan lebat landa Mexico City/ REUTERS

MEXICO CITY, 1 Oktober - Kerja-kerja pembersihan dan saliran dimulakan pada Selasa bagi mengalirkan air banjir dari jalan-jalan di kawasan pinggir bandar Mexico City, selepas kejadian hujan lebat terburuk melanda kawasan itu dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut laporan media tempatan, hujan lebat yang melanda pada Sabtu lalu menyebabkan kerosakan dan memaksa sebahagian penduduk di Nezahualcoyotl, di Negeri Mexico, berpindah dari kediaman masing-masing.

Penduduk mengalami kerugian selepas paras air meningkat sehingga kira-kira 1.1 meter.

Datuk Bandar Adolfo Cerqueda memaklumkan menerusi platform X pada Selasa bahawa pihak berkuasa telah memulakan kerja pembersihan dan nyahkuman dari rumah ke rumah. Sebahagian kediaman turut dilanda limpahan air kumbahan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Air Kebangsaan, EfraĆ­n Morales, hujan lebat pada Sabtu merupakan antara yang paling buruk dalam tempoh beberapa dekad, dan yang paling tinggi direkodkan di kawasan metropolitan.

Sebanyak 75 milimeter hujan direkodkan, mengakibatkan banjir berikutan longgokan sampah dan infrastruktur usang, jelas Morales.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI