fb fb fb fb fb

Keretapi tergelincir di Michigan, salah sebuah gerabak bawa bahan berbahaya

(FOTO REUTERS)

BELLEVILLE, 17 Februari - Sebuah keretapi yang membawa bahan berbahaya tergelincir di Michigan, Amerika Syarikat.

Enam gerabak daripada 30 buah kesemuanya terbabas dari landasan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, salah sebuah gerabak membawa cecair klorin.

Namun jabatan bomba menyatakan tidak terdapat tanda-tanda berlaku kebocoran atau kerosakan.

(FOTO REUTERS)

"Jadi insiden itu tidak membahayakan orang awam.Tiada kecedaran dilaporkan," kata jabatan bomba.

Kemalangan di Michigan itu berlaku dua minggu selepas sebuah lagi keretapi berasingan tergelincir di Norfolk Southern berhampiran sempadab Ohio-Pennsylvania juga membawa bahan berbahaya.

Kemalangan pada 3 Februari itu menyebabkan berlaku kebakaran dengan asap tebal di seluruh bandar.

Penduduk juga terpaksa mengosongkan kediaman dengan pekerja mengeringkan dan membakar bahan kimia berbahaya.-REUTERS

Media Baharu