fb fb fb fb fb

Bruce Willis derita penyakit demensia

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 17 Februari - Bintang aksi terkenal Hollywood, Bruce Willis, 67, disahkan menghidap penyakit demensia selepas hampir setahun berehat daripada bidang lakonan.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam francais 'Die Hard' itu telah mengumumkan untuk bersara daripada dunia lakonan Mac tahun lalu selepas disahkan menghidapi afasia.

(FOTO AFP)

"Sejak kami mengumumkan diagnosis Willis terhadap afasia pada musim bunga 2022, keadaan Willis telah menunjukkan peningkatan dan kini kami mempunyai diagnosis yang lebih khusus iaitu demensia frontotemporal," kata isteri pelakon itu, Emma Heming Willis menerusi kenyataan.

Demensia frontotemporal (FTD) adalah istilah umum untuk gangguan yang menjejaskan kawasan otak yang berurusan dengan personaliti, tingkah laku dan bahasa.

"Kesukaran dalam komunikasi satu-satunya simptom dialami Willis. Walaupun menyakitkan, namun kami lega dapat tahu penyakit sebenar dialami.

"Buat masa sekarang, tiada rawatan untuk penyakit demensia, tetapi kami harap ia akan berubah pada masa akan datang," kata Emma.

Demensia adalah penyusutan daripada segi kemampuan minda termasuk hilang ingatan, kekeliruan, perubahan keperibadian, penurunan kemampuan berfikir selain tidak mampu melakukan aktiviti harian.

Manakala, afasia adalah keadaan yang membuatkan kemampuan komunikasi terjejas sama ada menulis dan memahami bahasa secara lisan mahupun bertulis.-AFP

Media Baharu