fb fb fb fb fb

Colombia, Venezuela tandatangani perjanjian, kembali hidupkan semula perdagangan

(FOTO AFP)

SAN ANTONIO DEL TACHIRA, 17 Februari - Colombia dan Venezuela pada Khamis telah menandatangani perjanjian untuk memulihkan perdagangan antara kedua-dua negara.

Perjanjian dimeterai di atas jambatan sempadan kedua-dua negara.

Colombia diwakili Presidennya Gustavo Petro manakala Nicolas Maduro mewakili Venezuela.

(FOTO AFP)

"Perjanjian itu mengemas kini semua yang berkaitan dengan tarif barangan yang didagangkan dan meletakkan asas untuk pengembangan perdagangan antara Colombia dan Venezuela," kata Maduro.

Proses normalisasi hubungan diplomatik dan perdagangan bermula pada September 2022 selepas Petro dilantik di Bogota pada Ogos lalu.

Dalam kempennya, Petro berjanji untuk menormalisasikan hubungan diplomatik dengan kerajaan di Caracas.

Caracas memutuskan hubungan dengan Bogota pada 2019 selepas aktivis pembangkang Venezuela cuba menghantar trak bantuan dari Colombia.

Kerajaan Maduro berkata ia adalah cubaan rampasan kuasa.

Kerajaan terdahulu di Bogota menuduh Maduro melindungi kumpulan pemberontak dan penjenayah Colombia, tuduhan yang dinafikannya.-REUTERS

Media Baharu