fb fb fb fb fb

Kenya mohon program pembiayaan baharu - IMF

Ibu pejabat IMF di Washington/ Reuters

NAIROBI, 17 Mac- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerima permintaan rasmi untuk program baharu daripada pihak berkuasa Kenya.

IMF dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian kesembilan bawah kemudahan dana lanjutan semasa dan program kemudahan kredit lanjutan tidak akan diteruskan.

Namun IMF tidak menyatakan jenis program yang dicari oleh Kenya. Februari lalu Menteri Kewangan Kenya John Mbadi memaklumkan ia merupakan program pembiayaan.

Ekonomi Afrika Timur memerlukan bantuan berterusan daripada pemberi pinjaman untuk memastikan ekonomi kawasan itu berada di landasan betul selepas kos khidmat hutangnya melonjak disebabkan peminjaman berlebihan sepanjang dekad lalu.

Kerajaan berusaha untuk mendapatkan pembiayaan baharu selepas protes maut tahun lalu sekali gus memaksa negara itu meninggalkan rancangan untuk meningkatkan pendapatan tambahan melalui kenaikan cukai.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI