fb fb fb fb fb

Kempen ketenteraan di Ukraine, sekatan antarabangsa terhadap Rusia jejaskan bekalan komoditi

(FOTO AFP)

MOSCOW, 20 Mei - Rusia menegaskan Barat tidak seharusnya mengharapkan negara itu meneruskan bekalan makanan, jika mereka terus menyerang Moscow dengan mengenakan sekatan yang ketat susulan pencerobohan Ukraine.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev.

Beliau yang juga bekas Presiden menjelaskan, negara itu sedia memenuhi tanggungjawabnya kepada masyarakat antarabangsa.

Namun, Moscow juga mengharapkan bantuan daripada rakan dagang termasuk di platform antarabangsa.

(Foto fail/AFP)

Rusia dan Ukraine menghasilkan 30% daripada bekalan gandum global.

Kempen ketenteraan Moscow di Ukraine dan sekatan antarabangsa terhadap Rusia, menjejaskan bekalan baja, gandum dan komoditi lain dari kedua-dua negara.

Ini termasuk peningkatan harga makanan dan bahan api, terutamanya di negara membangun. - AFP

Media Baharu