fb fb fb fb fb

Brazil rekodkan paras suhu terendah dalam sejarah

(Orang ramai berjalan di sepanjang lorong basikal di pantai Copacabana di Rio de Janeiro semasa cuaca sejuk luar biasa/AFP)

RIO DE JANEIRO, 20 Mei - Brazil berdepan musim sejuk lebih awal apabila merekodkan paras suhu terendah dalam sejarah pada Khamis, sekali gus mengancam golongan gelandangan dan tanaman.

Bandar Brasilia merekodkan suhu paling rendah, 1.4 darjah selsius.

Manakala, laman sesawang Agensi Meteorologi Inmet, menunjukkan seluruh bahagian selatan dalam peta Brazil mengalami gelombang sejuk berbahaya.


(Seorang wanita merakam gambar ombak yang kuat di pantai Leme, Rio de Janeiro, Brazil,
akibat cuaca sejuk yang luar biasa/AFP)

Di Sao Paulo, bandar terbesar di Amerika Latin mencatatkan suhu 6.6 darjah selsius, paras paling rendah direkodkan sejak tahun 1990.

Sementara itu, negeri selatan, Santa Catarina merekodkan suhu di bawah dua darjah selsius selama beberapa hari.

Menurut Estael Sias dari Agensi Meteorologi Metsul, gelombang sejuk luar biasa itu berlaku akibat daripada Taufan Yakecan yang menjejaskan selatan Brazil dan Uruguay. -AFP

Media Baharu