(REUTERS)
WASHINGTON, 7 Julai- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan prospek ekonomi global merudum dan tidak menafikan kemungkinan berlakunya kemelesetan global tahun depan.
Pengarah Urusannya, Kristalina Georgieva, berkata agensi buat masa ini pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan sebanyak 3.6 peratus.
(Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva/REUTERS)
Menurut data terkini, ekonomi negara besar seperti China dan Russia, menguncup pada suku kedua tahun ini.
Tambah Georgieva, kemelut itu berpunca daripada inflasi yang menjejaskan semua negara.
Ia termasuk peningkatan kadar faedah yang tinggi, pertumbuhan ekonomi China yang perlahan dan pertambahan sekatan berkaitan perang Russia di Ukraine.- REUTERS