fb fb fb fb fb

Boris Johnson enggan letak jawatan PM

(Perdana Menteri, Britain Boris Johnson dari Downing Street menuju ke Dewan Parlimen
bagi sesi Soalan Perdana Menteri (PMQ) mingguan/AFP)

LONDON, 7 Julai- Perdana Menteri, Boris Johnson enggan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, meski terdapat gesaan daripada pimpinan kanan agar beliau berbuat demikian.

Malah Johnson menegaskan akan melawan sebarang usaha untuk menjatuhkannya.


(Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (tengah) bercakap semasa
sesi mingguan Soalan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, London/AFP)

Media pro-kerajaan melaporkan Johnson tidak akan tunduk kepada desakan itu.

Menurut Pengarang The Sun, Harry Cole, beliau diberitahu oleh seorang menteri kabinet bahawa Johnson akan terus mempertahankan jawatannya.

Malah akan melakukan rombakan kabinet walaupun lebih ramai tokoh kanan kerajaan akan berundur.-AFP

Media Baharu