(PM Briatain, Boris Johnson semasa berucap di 10 Downing Street,
London pada 7 Julai 2022/AFP)
LONDON, 8 Julai- Keputusan berundur oleh ketua Parti Konservatif Britain, Boris Johnson daripada kerajaan akan mencetuskan persaingan berpanjangan untuk jawatan Perdana Menteri.
Terdahulu, lebih 30 ahli Parlimen dalam Kabinet pimpinan Johnson mengumumkan untuk meletak jawatan. Sebelum ini, Boris Johnson terselamat undi tidak percaya.
Johnson mengakui “kehendak ahli parlimen parti Konservatif bahawa perlu ada pemimpin baharu parti itu atau perdana menteri baharu."
Dalam ucapan selama enam minit di luar Downing Street, Johnson berkata dia tidak berasa kecewa atas kesilapan yang cuba menjatuhkannya dan berkata akan terus kekal sebagai perdana Menteri sehingga ada pengganti.
Namun ada cadangan agar Johnson berundur segera dan seorang pemangku perlu dipilih untuk mengetuai negara ekonomi ke-5 terbesar di dunia itu.
(FOTO AFP)
Bekas Perdana Menteri parti Konservatif, John Major (1990 – 1997) berkata keputusan melanjutkan tempoh khidmat Johnson – dan kuasa yang ada padanya, adalah satu keputusan “tidak bijak”.
Pemilihan baharu pucuk pimpinan dijangka akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang dan penggantinya akan mula terlibat dengan persidangan tahunan parti pada awal Oktober.
Tinjauan pendapat mendapati, kebanyakan rakyat Britain mahu Johnson segera keluar daripada pentadbiran, di tengah-tengah dakwaan Johnson hanya cuba mengabiskan wang rakyat.
Selama tiga tahun pentadbiran Johnson, beliau berdepan pelbagai isu dan rintangan termasuk Brexit, pandemik COVID-19 dan kontroversi berhubung reputasinya kerana penipuan. -AFP